BISMILLAHHIRAHMANIRAHIM Ya Allah....yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Segala puji buatMu Allah yang Maha Esa...Ampunkanlah aku di atas segala dosa yang telah ku lakukan.Kau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku...Kau rahmatilah dan berkatilah hidup mereka dunia dan di akhirat...sesungguhnya aku amat bersyukur di atas segala kenikmatan yang telah Engkau curahkan....Berilah kejayaan di dunia dan di akhirat buat kami...sesungguhnya tiada tuhan lain yang dise,bah melainkan Mu Yang Esa...AMIN... #AMIEYRA MIEYRA

Sunday, 1 November 2015

ERTI SEBENAR TUJUAN HIDUP

Matlamat dan tujuan manusia dalam hidup telah pun tertera di dalam mukjizat yang diturunkan untuk Nabi  Muhammad S.A.W. iaitu al guran.Manusia tidak dijadikan sia-sia.Adatanggunjawab dan tugasan yang perlu dipikulnya.Ia dijadikan untuk tujuan hikmah tertentu.Ia dijadikan untuk dirinya atau menjadi hamba kepada salah satu unsur dalam alam ini.Ia juga tidak dijadikan untuk bersuka ria dan berseronok seperti mana haiwan-haiwan berseronok.Bukan juga dijadikan untuk menikmati hidup pendek atau panjang sehingga beratus tangan uang akhirnya akan dimamah tanah juga

Sesungguhnya ia dijadikan untuk mengenal penciptanya,Yang Maha Esa.Manusia dijadikan untuk menyembah Tuhan yang satu,Allah S.W.T. dan menjadi khalifah di muka bumi ini.Setiap dari kita akan diuji dan ditapis dengan pelbagai dugaan dan penyakit ujian sepanjang jalan meniti denai kehidupan ini.Dengan tapisan dan ujian itu,kita akan bertambah matang dan positif serta boleh berfikir dengan rasional.Iyulah persediaan untuk menghadapi hidup-hidup seterusnya

TUJUAN HIDUP

Orang yang mempunyai fikiran yang matang akan berkata:"kita makan untuk hidup

Tapi orang yang berfikiran cetek dan tak matang pula mengatakan:"kita hidup untuk makan."
orang yang bersifat materialistik pula berkata:
"kita hidup untuk mencari harta yang ada di pelosokdunia ini.Barulah terasa nikmat!"

Bukankah setiap hari,5 hari sekali dalam solat fardu kita,kita berjanji dengan Allah?
SESUNGGUHNYA SOLATKU,IBADAHKU,HIDUP DAN MATIKU HANYA UNTUK ALLAH,TUHAN SEKALIAN ALAM.
itulah janji kita dalam solat.Adakah itu bukan matlamat?Adakah itu hanya bicara mulut sahaja tanpa mengerti dan menghadam maksudnya yang mendalam?ALLAH.Itulah tujuan dan matlmat keseluruhan hidup kita.


"AKU HADAPKAN WAJAHKU KEPADA (ALLAH) YANG MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI DENGAN PENUH KEPASRAHAN(MENGIKIT) AGAMA YANG BENAR,DAN AKU BUKANLAH TERMASUK ORANG-ORANG MUSYRIK."
(SURAH AL-AN "AM:79)

Orang yang beriman akan menjawab: "Manusia hidup hanya untuk allah dan untuk hidupnya yang kekal abadi (di akhirat nanti)."







No comments:

Post a Comment